SELAMAT DATANG KE SMK AIR TAWAR
Felda Air Tawar 2, 81920 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

T : 07-893 1980
F : 07-893 3313
E-MAIL : smatkt07@yahoo.com



















ORGANISASI















LENCANA SEKOLAH SMAT



LAMBANG UTAMA

Lambang utama lencana ini ialah buku tebal dalam keadaan terbuka.

Maksud;
Buku, sebagaimana telah diterima umum adalah sumber utama dan lambang ilmu. Bentuk tebal, membawa erti buku ilmiah biasanya buku yang bermutu dan lengkap, termasuk dalam bentuk ini. Dalam keadaan terbuka pula memberi penekanan bahawa cara memanfaatkannya ialah dengan ditatap dan dikaji bukannya sekadar membeli dan menyimpannya sahaja.

Lambang-Lambang Lain

Obor :
Melambangkan aktiviti sukan

Piring Obor :
Sains dan teknologi (ada 6 mata : sebagai peringatan khas, iaitu sewaktu lencana ini direka pada tahun 1976 terdapat 6 kelas)

Warna -Kuning :
Daulat Hijau : Agama Islam





IKRAR PELAJAR DAN LAGU SEKOLAH...


IKRAR PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR
Bahawasanya kami,
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar
berikrar dengan sepenuh hati
akan menumpukan segala tenaga
dan usaha kami
ke arah kecemerlangan kami


LAGU SMK AIR TAWAR

Sekolah Menengah Air Tawar Johor
Kau menjadi lambang kemegahan
Ku genggam janji harumkan namamu
Ku tekad terus menimba ilmu

Sekolah menengah yang sangat ku cinta
Di Kota Tinggi yang bersejarah
Segala harapan serta impian
Pasti akan kami tunaikan

Hidup berilmu cogan kata kita
Berbudi bahasa amalan kita
Marilah kita pertahankan
Hingga zaman berzaman

Sekolah menengah yang sangat ku cinta
Ku tetap kenang dikau sentiasa
Ku genggam janji harumkan namamu
Ku pasti hidup perlu berilmu

Di bahagian atas bermaksud agama dijunjung. Di bahagian tengah bermaksud tersemat di hati.



LOKASI KAMI

PELAN SMK Air Tawar..

Keluasan : 20.0 ekar

Kawasan Parlimen : Kota Tinggi

Kawasan D.U.N : Johor Lama

Mukim : Johor Lama

Kedudukan : Felda Air Tawar 2

Mula persekolahan : 1976

Jarak ke PPD Kota Tinggi : 19 km

Jarak ke JPNJ Johor Bahru : 59 km

Sekolah saluran : SK LKTP Air Tawar 1 ,
SK Dato’ Ismail Sa’adon,
SK Muzaffar Syah,
SK Telok Sengat,

SK Johor Kampung,
SK Tanjung Buai,

SK Panchor








SEJARAH SMKAT



Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di FELDA Air Tawar 1. Sekolah ini ditadbirkan oleh seorang Penyelia.

Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab bertukar nama kepada Sekolah Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah yang baru. Pada tahun ini sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat pertama kalinya di sekolah ini. Pelajar yang lulus dan mampu telah dihantar ke Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Air Tawar yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke FELDA Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya sekolah ini dibina di atas sebuah tapak seluas 13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 buah bangunan, sebuah bengkel dan sebuah kantin. Pada tahun 1983, sekolah ini dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.

Pembukaan sekolah ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Sehingga 2006 seramai 10 orang pengetua dan 2 pemangku pengetua telah bertugas mentadbir sekolah ini.





PENTADBIR SEKOLAH




















GURU SMKAT








































KAKITANGAN SOKONGAN..


No Nama Kategori
1 Siti Katijah binti Abdul Basir N17
2 Siti Zulaiha binti Mohd Jenal N11
3 Samiran bin Tukiman N1
4 Noazila binti Sairon N1
5 Abdul Hanis bin Mokhta C17
6 Rohana binti Kassim C17
7 Muhamad Fauzi bin Samikon N1
8 Baharudin bin Ajmain N1
9 Jasri bin Idris N1
10 Nurul Effa Ajzuana binti Juair N17
11 Fadzli bin Roslan N1

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply


visit counter